Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Nafi ugut wanita


Kuala Lumpur: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan menceroboh dan melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita, kelmarin.

Tertuduh, Yap Ng Fook, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh Taman Layang-Layang Tasik Metropolitan Kepong, di sini tanpa kebenaran, jam 12.01 pagi, pada 13 Ogos lalu.



Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, Ng Fook didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas Nur Hidafi Ishak, 26, dengan niat menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa.


Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan Mahkamah menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

No comments:

Post a Comment