Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Mati ditembak ketika serang polis



ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang mati ditembak ketika cuba menyerang anggota polis di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Seorang anggota kumpulan samun bersenjata dan curi kenderaan maut ditembak ketika cuba menyerang anggota polis dengan parang di Taman Medan, Petaling Jaya semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, lelaki tersebut bersama seorang lagi suspek yang sebelum itu cuba menyamun seorang lelaki di tepi Jalan PJS1/27, Taman Medan mahu melarikan diri daripada kepungan polis.
Dua jam sebelum itu, seorang lagi anggota geng samun berkenaan turut berjaya diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di taman perumahan terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz39SqhON4G 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment