Search This Blog

Friday, August 22, 2014

Mangsa tanah runtuh Hiroshima meningkat 43 orang


TOKYO 22 Ogos - Hujan lebat yang melanda di barat negara ini semalam, memaksa pasukan penyelamat menghentikan operasi mencari manakala jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di lereng bukit Hiroshima, meningkat kepada 43 orang, kelmarin.
Kira-kira 2,700 penyelamat termasuk lebih 6,000 tentera terpaksa menghentikan operasi pencarian selepas hujan lebat dan pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Pihak berkuasa berkata, beratus-ratus penduduk dipindahkan di pusat perlindungan sementara di Hiroshima ketika hujan lebat sekali gus memusnahkan lapan buah rumah dan lebih 40 yang lain ranap akibat tanah runtuh di kawasan tersebut. -dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140822/lu_01/Mangsa-tanah-runtuh-Hiroshima-meningkat-43-orang#ixzz3B4LcZtr5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment