Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Lima maut dalam letupan tangki gas masak di hospital Madinah

RABU, 27 OGOS 2014 @ 4:29 PM

 
MADINAH: Lima orang iaitu seorang rakyat Arab Saudi dan empat rakyat asing maut dalam letupan tangki gas masak di Hospital 'National Guard' Putera Muhammad di sini semalam.

Letupan itu berlaku ketika kerja penyelenggaraan dan ujian teknikal dilakukan di tangki petroleum cecair utama di zon perkhidmatan dalam kawasan hospital, lapor Agensi Berita Saudi.

Tangki gas itu meletup pada kira-kira jam 9.15 pagi. Ia mengakibatkan kebakaran besar yang merebak ke bangunan yang menempatkan tangki berkenaan serta kawasan sekitarnya.

Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Awam, beberapa kenderaan di kawasan terbabit turut musnah dalam kebakaran tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Bangunan utama hospital dan peralatannya tidak terjejas dan pesakit juga selamat. Kebakaran dipadam dan hospital berkenaan berfungsi seperti biasa. Satu siasatan dilakukan bagi mencari punca kejadian.

Sumber berkata pihak pentadbiran hospital membawa keluar semua kakitangan kerana bimbang berlakunya kebocoran gas. - Agensi

No comments:

Post a Comment