Search This Blog

Monday, August 11, 2014

Lelaki tak layan ugutan terima 33 jahitan


Kuching: Gara-gara tidak melayan ugutan diterima, seorang penghantar surat terpaksa menerima 33 jahitan di kepala akibat dilanggar dan dibelasah sekumpulan lelaki dikenalinya dalam kejadian di Jalan Rampangi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun dilanggar sekumpulan lelaki menggunakan dua kereta yang menahannya ketika melalui jalan berkenaan.


Menurut sumber, sebaik turun dari kereta, mangsa dibelasah dan dilanggar menyebabkan dia parah di kepala, tangan dan kaki.



Katanya, mangsa menerima 18 jahitan di kepala dan telinga, 12 jahitan di lengan kanan dan tiga jahitan di kaki kiri.


“Selain itu, belakang badan mangsa turut calar dan lebam. Difahamkan, lelaki berkenaan pernah mengugut mangsa dengan meminta sejumlah wang daripadanya.


“Namun, mangsa tidak mengendahkan permintaan itu menyebabkan dia diserang kumpulan berkenaan awal pagi semalam,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

No comments:

Post a Comment