Search This Blog

Friday, August 15, 2014

La Ode ke tali gantung


RAKAMAN CCTV menunjukkan La Ode menembak Norazita di premis AmBank cawangan USJ Sentral 2, Subang Jaya pada 23 Oktober tahun lalu.


SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan warga Indonesia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam kerana membunuh seorang pegawai AmBank cawangan USJ Sentral 2, Subang Jaya dan merompak bank itu pada Oktober tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu ke atas La Ode Ardi Rasila, 37, selepas dia didapati bersalah menembak Norazita Abu Talib menggunakan senjata api jenis pump gun.
Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Katanya, La Ode yang memberi keterangan bersumpah juga gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pendakwaan membunuh dan melepaskan tembakan terhadap Norazita pada akhir kes pembelaan.
Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Akhtar berkata, tertuduh didapati sengaja melepaskan tembakan ke arah mangsa untuk melakukan rompakan.
Katanya, berdasarkan keterangan pakar senjata api, terdapat tiga perkara perlu dilakukan sebelum melepas tembakan iaitu pam senjata, meletakkan pin ke arah tembakan dan menekan picu.
"Dalam keterangannya, tertuduh memberitahu bahawa dia tidak tahu dengan hanya pam senjata api itu, tembakan telah dilepaskan.
"Dengan keterangan (pakar senjata api), saya tidak dapat menerima keterangan tertuduh dan tanpa sebarang keraguan, ini menunjukkan tertuduh telah melepaskan tembakan secara sengaja," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3APYZrjGM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment