Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Kematian akibat gempa bumi meningkat kepada 398 orang




SEORANG anggota penyelamat berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang tertimbus di celah runtuhan bangunan di bandar Zhaotong, daerah Lundian semalam.- AFP


BEIJING - Jumlah kematian akibat gempa bumi pada kekuatan 6.3 magnitud yang melanda barat daya China kelmarin meningkat kepada 398 orang, lapor media tempatan semalam.
China berkata, ribuan anggota polis, askar dan bomba telah dihantar ke kawasan kejadian.
Perdana Menteri, Li Keqiang telah melawat bandar yang terlibat semalam dan menyeru pasukan penyelamat agar cepat mencari mangsa-mangsa yang hilang serta terperangkap di bawah runtuhan, kata agensi berita rasmi Xinhua.
Gempa yang meletus di kawasan pendalaman di wilayah Yunan itu menyebabkan ribuan bangunan termasuk sekolah runtuh, lapor Xinhua.
Pusat gempa itu berlaku di bandar Longtoushan dalam daerah pergunungan Ludian itu.
Lebih 12,000 rumah musnah dalam gempa bumi itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz39SpkRF00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment