Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Kastam rampas rokok seludup



KHAZALI (kanan) melakukan pemeriksaan rokok seludup sempena Ops Pacak di sebuah kedai runcit di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas sebanyak 190 juta batang rokok seludup bernilai RM11.72 juta menerusi Ops Outlet sepanjang Januari hingga 12 Ogos lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, rampasan melibatkan cukai tidak dibayar sebanyak RM97.06 juta itu hasil serbuan ke atas premis-premis perniagaan di seluruh negara.
Menurutnya, antara negeri yang dikesan mencatatkan penjualan rokok seludup yang tinggi ialah Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.
"Menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negara, sebanyak 4,317 restoran dan kedai runcit telah diperiksa dan 1,444 daripada premis ini didapati memiliki rokok tidak sah (seludup).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3APY9INAX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment