Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Interpol belum sahkan suspek ditahan


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mengesahkan dakwaan mengenai penahanan dua suspek utama kes kecurian dua bentuk cincin bernilai RM1.5 juta di ibu negara baru-baru ini oleh Polis Antarabangsa (Interpol) di Zurich, Switzerland Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata, sehingga kini pihaknya belum mendapat sebarang maklumat daripada Interpol berhubung penahanan itu.
"Kami sedang menyiasat dan akan mendapatkan maklumat sekiranya memang ada berlaku penahanan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian 14 Ogos lalu itu, dua lelaki yang berpura-pura membeli cincin di sebuah galeri barangan kemas eksklusif di Starhill, Bukit Bintang telah mencuri sebentuk cincin berlian Yellow Diamond bernilai RM1.2 juta di premis itu.
Beberapa jam selepas itu, kedua-dua individu tersebut mencuri pula sebentuk cincin zamrud bernilai RM280,000 di Hotel Mandarin Oriental yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian pertama.
Polis turut mengesahkan kedua-dua suspek adalah penjenayah antarabangsa dan menggunakan modus operandi menyamar usahawan berjaya untuk membeli barang kemas sebelum mencuri dan menghilangkan diri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140831/je_03/Interpol-belum-sahkan-suspek-ditahan#ixzz3BvMJOgwG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment