Search This Blog

Monday, August 11, 2014

Halong bunuh seorang, cedera 50


2014/08/11 - 03:59:01 AM Cetak Emel Kawan

Halong bunuh seorang, cedera 50
AM Cetak Emel Kawan
Kereta tenggelam akibat banjir yang dibawa oleh taufan Halong di Kochi, barat Jepun, semalam. - Foto REUTERS
Tokyo: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan lebih 50 cedera apabila ribut tropika ‘Halong’ melanda negara itu dengan hujan dan angin kencang, dan kini bergerak ke Laut Jepun.

Keadaan itu memaksa amaran perpindahan dikeluarkan ke atas 1.2 juta penduduk yang tinggal berhampiran sungai yang airnya mula melimpahi tebing.


Ribut Halong menjejaskan pengangkutan darat dan udara Jepun ketika penduduknya memulakan cuti tahunan Buddha selama seminggu yang dikenali sebagai ‘Obon’.

Gempa bumi

Ribut yang melanda negara Matahari Terbit itu juga datang bersama goncangan gempa bumi pada kekuatan 6.1 magnitud yang melanda luar pantai timur laut berhampiran Aomori.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan mahupun kecederaan dilaporkan. Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear berkata kemudahan nuklear di kawasan itu kekal utuh.

Pada asalnya Halong adalah taufan yang akhirnya menjadi ribut tropika, mula menghampiri pantai barat daya dan menyebabkan dua kejadian tanah runtuh di Pulau Shikoku dan Hyogo di wilayah barat Jepun.
Ia kini menghala ke Laut Jepun dari pantai utara berhampiran Kyoto, dan seterusnya hilang kekuatan dalam tempoh 12 jam akan datang.

Keluar amaran

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tertinggi hujan lebat melanda wilayah Mie di tengah Jepun, menyebabkan kedua-dua bandar mengarahkan kira-kira 570,000 penduduk berhampiran sungai untuk berpindah.

Manakala 600,000 orang pula dinasihatkan berpindah di seluruh negara sebelum nasihat itu ditarik balik kerana ribut mula bergerak ke arah utara.

Di Iwate, utara Jepun, seorang lelaki berusia 78 tahun ditemui mati lewat kelmarin selepas jatuh terjunam ke dalam terusan pengairan yang melimpah di ladangnya. - AP

No comments:

Post a Comment