Search This Blog

Thursday, August 7, 2014

Graduan jual maklumat risikan


BEIJING 6 Ogos - Seorang graduan China, ditahan atas tuduhan menjual maklumat dan bahan risikan kepada pihak asing, lapor agensi berita Xinhua hari ini dalam kes terbaharu pengintipan di negara ini.
Menurut Xinhua, graduan lelaki jurusan aeroangkasa dikenali sebagai Chang dari Harbin, timur laut China itu, ditahan semalam.
Agensi berita itu melaporkan, Chang, menyerahkan lebih 60 maklumat atau bahan risikan kepada pihak asing di luar negara sebanyak 54 kali dalam tempoh dua tahun.
Sebagai balasan, dia menerima bayaran sejumlah 200,000 yuan (RM99,200) daripada individu-individu terlibat yang menghubunginya menerusi Internet.
- REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_11/Graduan-jual-maklumat-risikan#ixzz39eZeerbc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment