Search This Blog

Monday, August 18, 2014

Feri karam 20 pelancong hilang


JAKARTA 17 Ogos - Kira-kira 15 pelancong asing dipercayai hilang selepas sebuah feri yang membawa penumpang mengelilingi pulau di timur Indonesia karam, hari ini.
Seorang saksi, Suryaman yang berpangkalan di pulau Lombok berkata, seramai 10 penumpang berjaya diselamatkan apabila feri yang dalam perjalanan dari Pulau Lombok ke Pulau Komodo itu tiba-tiba karam.
Sebanyak lima anak kapal warga Indonesia dan 20 pelancong asing menaiki feri itu ketika kejadian, katanya.
"Feri itu bertolak meninggalkan Pulau Lombok pada malam Khamis lalu dan karam pada hari Sabtu (semalam) pukul 7 malam (waktu tempatan). Kami hanya menerima laporan pada pukul 8 pagi (waktu tempatan), hari ini," kata Suryaman yang mendakwa kelemahan komunikasi menjadi punca kelewatan menyediakan pasukan penyelamat. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140818/lu_10/Feri-karam-20-pelancong-hilang#ixzz3Ah2jEEzF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment