27/08/2014 4:09pm
KULAIJAYA - Empat warga Myanmar berhadapan dengan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh rakan mereka yang mayatnya dikerat kepada lima bahagian bulan lepas.
Mereka yang dituduh dikenali sebagai Haji Ismail, 30, Mohd. Hassan Ali, 29, Myo Myint, 28, dan Shaib Othman, 18.
Kesemua mereka didakwa bersama-sama membunuh Thet Lwin, 28, di rumah tidak bernombor MLO 621-1, Kampung Sri Paya, Kelapa Sawit antara pukul 9 malam pada 29 Julai lepas hingga 11.20 pagi 1 Ogos lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Ariffin di hadapan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal, namun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
Ahmad Farid menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes serta melantik jurubahasa bagi warga Myanmar itu. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz3BZxrImOX
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment