Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Empat nyawa melayang dalam nahas


KEADAAN mayat mangsa yang maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kampung Beraya, Jalan Miri-Bintulu, Miri, Sarawak kelmarin.




KUCHING - Empat lelaki termasuk dua beradik maut manakala dua lagi cedera apabila kereta jenis Proton Iswara yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kampung Beraya, Jalan Miri-Bintulu, Miri kelmarin.
Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, mangsa yang juga pemandu kereta tersebut, Chang Lunggong, 38, Raymond Maling, 29, Abit Maling 19, dan Khamarul, 40-an, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.
Dua penumpang yang cedera ringan pula dikenali Michael Maling, 30, dan Roslin Nelson, 35, yang merupakan isteri kepada Chang.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Gan Tian Kee berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri.
"Tiba di tempat kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu Chang dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan sebelah kanan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat perlanggaran ini, kereta Proton Iswara dan lori berkenaan terbabas ke dalam parit di tepi sebelah kiri jalan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Menurutnya, pemandu lori kargo berkenaan, Then Kui Soon, 53, sekadar mengalami kecederaan ringan dan pihak polis telah menyoal siasatnya untuk membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3BugxXUZc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment