Lelaki yang dijangkiti Ebola disembur dengan pembasmi kuman sebelum dikuarantin di Hospital Monrovia di Liberia. |
ABU DHABI - UAE. Syarikat penerbangan Emirates yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menggantung penerbangannya ke Guinea susulan penularan virus Ebola di Afrika Barat.
Penggantungan yang berkuat kuasa Sabtu lalu itu, sekali gus menjadikannya syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang mengenakan larangan tersebut.
"Keselamatan penumpang dan anak kapal adalah paling diutamakan," menurut jurucakap syarikat itu kepada Al Jazeera.
Sejajar dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), beberapa syarikat penerbangan dan lapangan terbang antarabangsa termasuk Malaysia sudah mula mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap penumpang dari Afrika Barat.

No comments:
Post a Comment