Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Ebola merebak ke Senegal


DAKAR 30 Ogos - Wabak Ebola yang sehingga kini membunuh 1,500 orang di seluruh Afrika Barat, telah merebak ke negara kelima di wilayah Afrika itu semalam dengan penemuan kes pertama jangkitan membawa maut yang disahkan berlaku di Senegal.
Kes itu merupakan yang pertama berlaku di sebuah negara baharu yang diserang wabak maut tersebut sejak Julai lalu dan ia terjadi sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa jumlah jangkitan kini semakin meningkat secara mendadak.
Para saintis berkata, ujian vaksin baharu ke atas manusia buat kali pertama akan bermula pada minggu hadapan menggunakan sebuah produk yang dihasilkan syarikat gergasi farmaseutikal, GlaxoSmithKline dan kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Kelmarin, para saintis yang menghasilkan catatan dalam jurnal Nature berkata, 18 monyet makmal telah diberi satu dos yang tinggi virus Ebola telah sembuh setelah diberi dadah prototaip ZMapp, yang mana telah mengubah sistem pendarahan haiwan berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment