Search This Blog

Monday, August 18, 2014

Dua terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di Jepun


TOKYO 18 Ogos - Sekurang-kurangnya dua orang terkorban selepas berlaku kejadian banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di barat negara ini semalam, selain menyebabkan sebuah bandar mengeluarkan nasihat supaya kira-kira 80,000 orang penduduknya mencari tempat perlindungan selamat.
Pegawai wilayah berkata, seorang lelaki disahkan terkorban di bandar Kyoto awal hari ini, selepas dia dihanyutkan oleh arus sungai ketika sedang membina benteng daripada beg pasir.
Sementara itu, penyiar NHK melaporkan, berhampiran wilayah Ishikawa mayat seorang wanita berusia 74 tahun berjaya dibawa keluar daripada runtuhan tanah yang membadai rumahnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140818/lu_02/Dua-terkorban-akibat-banjir-dan-tanah-runtuh-di-Jepun#ixzz3Ah1UOTvq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment