Search This Blog

Thursday, August 7, 2014

Dua pelajar Britain maut

Dua pelajar Britain maut
Anggota forensik memeriksa mayat Neil Gareth manakala (gambar kecil) Aidan Brungar yang ditemui mati di Jalan Abell, semalam.
2014/08/07 - 06:52:51 AM  
Kuching: Dua pelajar perubatan warga Britain, maut diserang sekumpulan empat lelaki di Jalan Abell, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, Neil Gareth Dalton, 23, dan Aidan Brungar, 22, baru meninggalkan sebuah pusat hiburan dan dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Mereka mati di tempat kejadian akibat cedera di dada dan belakang badan, dipercayai ditikam dengan senjata tajam.

Sebelum insiden berkenaan, dua pelajar perubatan di Universiti Newcastle, Britain itu yang juga rakan sebilik, dikatakan bertengkar dan bising ketika minum di pusat hiburan di Padungan, lalu diherdik empat individu yang duduk di meja bersebelahan, disusuli pertengkaran.

Sebaik mangsa beredar, empat suspek yang menaiki kereta PERODUA Viva mengekori mereka. Ketika melalui Jalan Abell, seorang daripada suspek keluar dari kereta lalu menikam Dalton dan Brungar. Kedua-dua mangsa rebah sebelum seorang wanita yang menyaksikan kejadian menghubungi polis.

Kedua-dua pelajar lelaki itu tiba di Sarawak, Jun lalu untuk mengikuti latihan amali di sebuah hospital swasta di sini dan dijangka pulang ke negara asal, esok.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dr Chai Khin Chung, berkata polis dan paramedik yang tiba di tempat kejadian, menemui mayat mangsa pertama tertiarap di atas jalan dengan dua kesan tikaman di dada dan dua lagi di belakang badan.

“Mayat mangsa kedua mempunyai satu kesan tikaman di dada, ditemui pada jarak 20 meter dari mangsa pertama. Polis melancarkan gerakan memburu suspek dan menahan tiga daripada mereka, masing-masing mekanik, penjual ikan dan penganggur, kira-kira jam 6 pagi tadi (semalam).
“Suspek keempat ditahan jam 4.45 petang kemudian. Kita turut merampas kereta digunakan mereka ketika kejadian dan menemui sebilah pisau dalam kereta itu,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment