Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Dua maut, tiga parah kereta bertembung lori ketika memotong


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam satu kemalangan antara sebuah Proton Iswara bertembung dengan sebuah lori di KM 14 Jalan Miri Bintulu, Miri, semalam.
MIRI 14 Ogos Seorang pemandu warga tua dan seorang penumpang terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori ketika memotong sebuah kenderaan lain di Kilometer 14 Jalan MiriBintulu di sini hari ini.
Pemandu berkenaan, Sibat Janggat, 66, dan penumpang, Richmond Pessera Una, 19, yang duduk di bahagian belakang kereta meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam kejadian kirakira pukul 11.30 pagi itu, tiga lagi penumpang wanita mengalami kecederaan parah. Mereka yang parah ialah Angela Tambap, 22, Seneh Chambai, 60, dan Sarena Jumbang yang belum diketahui identiti lengkapnya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Sibat yang memandu kereta Proton Iswara dari arah pusat bandar raya ke Batu Niah di sini, memasuki laluan bertentang untuk memotong kenderaan lain di hadapannya.
Beliau berkata, ketika memotong, mangsa tidak sedar ada sebuah lori dipandu oleh seorang lelaki, Philip Atun, 41, dari arah Batu Niah ke simpang Marudi menuju ke arahnya.
"Mangsa tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan sebelum keduadua kenderaan itu terbabas ke tepi jalan.
"Kereta mangsa remuk teruk selepas terperosok di bawah lori. Sibat dan Richmond Passera yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Tian Kee, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat keduadua mangsa dan tiga lagi wanita yang terperangkap dalam kereta yang remuk itu.
Katanya, ketigatiga mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut, manakala mayat keduadua mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.
Tambahnya lagi, polis masih menyiasat hubungan kesemua mangsa sama ada mereka mempunyai pertalian keluarga.
"Setakat ini kita mendapat tahu, pemandu lori berasal dari Rumah Panjang Sebastian Madang, Sepupok Ulu, Bukit Surong di Niah manakala Sibat dari Rumah Panjang Bayiee, Sungai Lepong, Bakong di Baram dan Richmond Pessera (Rumah Panjang Empaga, Bakong," katanya sambil memberitahu kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1982.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140815/je_02/Dua-maut-tiga-parah-kereta-bertembung-lori-ketika-memotong#ixzz3APTLSpSg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment