Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

‘Dia pergi lebih awal’


Miri: “Saya hampir pengsan sebaik menerima panggilan memaklumkan dia maut dalam nahas,” kata Lunggom Minari, 71, bapa kepada Chang, 38, yang terkorban bersama tiga lagi saudaranya dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, berdekatan Kampung Beraya, dekat sini, kelmarin.
Kemalangan berlaku jam 6.45 petang apabila kereta dinaiki enam bersaudara itu dalam perjalanan pulang ke bandar raya ini, selepas menziarahi ahli keluarga mereka di Bekenu, merempuh lori menyebabkan empat daripada mereka terbunuh.

Selain Chang, mereka yang terbunuh ialah Raymond Maling, 29; adiknya Abit, 20, serta seorang lagi penumpang dikenali sebagai Kamarul berusia 30-an.
Manakala Roslin Nelson, 40-an yang juga isteri Chang, serta lagi mangsa yang belum diketahui identiti, cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian hujan lebat kereta Proton Iswara dipandu Chang memasuki laluan bertentangan lalu bertembung sebuah lori. Pertembungan itu menyebabkan empat daripada mereka tercampak keluar.

Menurut Lunggom, dia tidak menyangka kunjungan anak bersama menantunya di rumahnya Khamis lalu detik pertemuan terakhir buat mereka sekeluarga.
Foto
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Saya sedih dan terasa kehilangan selain tidak menyangka dia ‘pergi’ lebih awal daripada kami,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Miri, semalam.

Dalam pada itu, pemandu lori Thien Kui Soon, 53, berkata, dia dalam perjalanan dari Miri ke Mukah untuk menghantar barang.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kereta dinaiki mereka tiba-tiba memasuki laluan saya menyebabkan saya tidak sempat menekan brek. Saya cuba mengelak hingga lori dipandu terbabas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Janathon Ringgit ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

No comments:

Post a Comment