• Tertuduh keluar dari mahkamah dan mengelak wajahnya dirakam oleh media, semalam.Tertuduh keluar dari mahkamah dan mengelak wajahnya dirakam oleh media, semalam.

KOTA BHARU - Seorang wanita didenda RM600 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam atas tuduhan memiliki rokok seludup bernilai RM48.36.

Denda diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh yang juga pemilik sebuah kedai runcit,

Yusfarieza Nawi, 26, mengaku salah memiliki 31 peket dan satu karton rokok bernilai RM48.36 yang dilarang diimport di dalam sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Puteh, Kampung Jambu Merah, Melor, di sini, pada jam 11 pagi, 13 Januari 2013.

Dalam serbuan itu, sepasukan penguat kuasa Kastam menjalankan Ops Outlet di sebuah kedai runcit milik tertuduh dan hasil pemeriksaan menemui rokok pelbagai jenama.

Hasil soal siasat, tertuduh mengaku tidak mempunyai sebarang dokumen yang membuktikan rokok dirampas diimport secara sah.

Pada prosiding itu, Nik Habri menasihatkan tertuduh supaya mengambil iktibar di atas denda dikenakan terhadapnya.

“Jual rokok seludup tidak untung mana tetapi ini dah kena tangkap pula. Jadikan hukuman ini sebagai pengajaran dan jangan buat lagi,” katanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum kerana perlu menyara anak  masih kecil, namun Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Diraja.

Malaysia, Karthy Gasedev, memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda. Tertuduh menjelaskan denda tersebut.