Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

David Beckham kemalangan jatuh motor


LOS ANGELES 31 Ogos - Selebriti bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sunset Boulevard berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles baru-baru ini.
Akhbar Daily Mail melaporkan, suami kepada pereka fesyen, Victoria itu didapati mengalami cedera ringan di tangan kanannya.
David dipercayai terjatuh daripada motosikal yang merupakan salah sebuah daripada koleksi kenderaan antiknya.
Kecederaan tersebut dirakam melalui kamera media ketika dia baharu sahaja sampai di lapangan terbang itu bersama anak-anaknya untuk ke Britain bagi bertemu dengan isterinya. - Agensi

No comments:

Post a Comment