Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Calon Presiden Brazil terbunuh


AP
BEBERAPA anggota penyelamat meninjau lokasi sebuah pesawat ringan terhempas di Santos yang menyebabkan Campos dan enam penumpang lain maut. Gambar kecil, Campos.


SANTOS, Brazil - Kempen pilihan raya Presiden Brazil dikejutkan selepas salah seorang calon popular terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki beliau terhempas di sebuah kawasan perumahan bandar ini kelmarin.
Nahas tersebut menyebabkan calon Presiden daripada Parti Sosialis, Eduardo Campos dan enam lagi penumpang pesawat itu maut.
Presiden Brazil, Dilma Rousseff yang kini memerintah untuk penggal keduanya, mengisytiharkan negara itu berkabung selama tiga hari.
Rousseff dan beberapa calon yang lain turut mengumumkan menggantung sementara kempen pilihan raya mereka sepanjang tempoh itu.
Pilihan raya Presiden Brazil dijadualkan pada 4 Oktober ini.
Campos, 49, bersama empat pembantu serta dua juruterbang dalam perjalanan ke Sao Paulo untuk mengadakan rakaman televisyen sebelum pesawat Cessna 560XL yang dinaiki mereka terhempas dan terbakar.
Sementara itu, seorang pegawai aeronautik berkata, pesawat itu cuba mendarat dalam keadaan cuaca buruk.
Dalam pada itu, seorang pegawai pertahanan awam, Daniel Onias yang berada di tempat kejadian berkata, mayat-mayat mangsa telah hancur. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3APXG5X2X 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment