Search This Blog

Thursday, August 7, 2014

Budak lelaki 12 tahun tikam budak lelaki umur sembilan tahun


KENTWOOD, Michigan - Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ditahan selepas menikam seorang budak lelaki berumur sembilan tahun di sebuah taman permainan di sini sebelum meminta bantuan kecemasan, kata polis.
Stesen televisyen WOOD dan WZZM melaporkan kejadian tersebut berlaku petang Isnin lalu di Kentwood berhampiran Grand Rapids.
Seorang saksi, Glen Stacey berkata, budak lelaki berusia 12 tahun itu menghampirinya selepas kejadian itu dan meminta kebenaran untuk menggunakan telefon bimbit.
Katanya, budak lelaki itu menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut.
Polis berkata, budak lelaki berusia sembilan tahun itu ditikam di bahagian belakang dan punca serangan masih belum diketahui.
Polis juga tidak memberitahu keadaan mangsa yang cedera.
Budak lelaki berusia 12 tahun itu kini ditahan polis untuk siasatan lanjut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz39f0KTURd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment