Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Blake Lively disengat lebah


LOS ANGELES 30 Ogos - Aktres, Blake Lively diserang sekumpulan lebah ketika sedang menjalani penggambaran untuk laman blognya pada hujung minggu lalu iaitu sehari sebelum hari lahirnya.
Menurut laman web, femalefirst.co.uk, Lively berkata, ketika dia teruja menjalani penggambaran untuk hari terakhir, pelakon itu tiba-tiba berasa sakit di bahagian leher, belakang dan kepalanya.
"Pada mulanya, saya sangka ia merupakan satu perubahan pada badan saya kerana akan menyambut hari lahir saya keesokan harinya tetapi ia bukan seperti saya sangkakan.
"Saya merasa seperti ditembak berpuluh-puluh jarum halimunan di seluruh tubuh badan saya. Saya rasa sakit di seluruh badan saya seperti saya akan mati ketika itu," katanya dalam laman blognya itu.
Lively yang mengalami bengkak pada kebanyakan bahagian badannya berkata, dia masih mampu membuat kek sempena menyambut hari lahirnya.
Bintang drama Gossip Girl itu turut menjelaskan, serangan lebah itu memberi pengajaran hidup kepadanya.
"Sengatan lebah itu mengingatkan saya bahawa hari lahir hanyalah nombor sahaja. Apa yang penting apa yang anda lakukan," katanya.

No comments:

Post a Comment