Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Bekas menteri India dan hartawan Malaysia didakwa menyeleweng


DARI KIRI: Dayanidhi Maran, Kalanithi Maran, T. Ananda Krishnan
MUMBAI 30 Ogos - Polis Persekutuan India semalam memfailkan dakwaan terhadap bekas menteri dan adiknya serta seorang hartawan Malaysia berhubung kes penyelewengan dalam pengambilalihan syarikat telekomunikasi India oleh syarikat telekomunikasi Malaysia, Maxis pada lapan tahun lalu.
Jurucakap polis berkata, dokumen pendakwaan yang difailkan di mahkamah New Delhi semalam menamakan bekas Menteri Telekomunikasi, Dayanidhi Maran, adiknya, Kalanithi Maran yang merupakan seorang hartawan India dan hartawan Malaysia, T. Ananda Krishnan serta pembantunya, Augustus Ralph Marshall antara suspek kes itu.
Dakwaan itu merupakan kes berasingan daripada skandal yang didakwa menyebabkan kerajaan India mengalami kerugian berbilion-bilion rupee ketika proses penjualan permit telekomunikasi pada 2008.
Biro Siasatan Pusat (CBI) India mula menyiasat adik beradik Maran itu dan Krishnan pada 2011 selepas dakwaan bekas menteri tersebut terlibat dalam penjualan syarikat telekomunikasi Aircell yang membolehkan Maxis membeli sahamnya pada 2006.
"Siasatan mendedahkan bekas menteri itu didakwa menyalahgunakan jawatannya ketika itu dan memaksa firma swasta berpangkalan di Chennai itu dalam menjual syarikat telekomunikasi berkenaan," kata CBI dalam satu kenyataan.
CBI berkata, syarikat yang dikawal oleh syarikat Sun Group yang menguruskan perniagaan media termasuk saluran televisyen dan perkhidmatan televisyen satelit dan dimiliki Kalanithi pula menerima 'bayaran saguhati' berjumlah 7.42 bilion rupee (RM381.3 juta).
"Antara Dakwaan terhadap adik-beradik Maran, Krishnan dan pembantunya adalah jenayah konspirasi.
"Astro All Asia Networks Plc, Maxis Communications Bhd, South Asia Entertainment Holdings Ltd yang merupakan sebahagian daripada empayar perniagaan Krishnan's serta Sun Direct TV Pvt Ltd., anak syarikat Sun Group turut dinamakan dalam pendakwaan tersebut," kata biro berkenaan. - REUTERS

No comments:

Post a Comment