Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Bayi dilahirkan selepas ibunya dihempap pokok


HONG KONG 15 Ogos - Sepasukan doktor di sini terpaksa melakukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan seorang bayi daripada ibunya yang maut akibat ditimpa sebatang pokok dalam satu kejadian, petang semalam.
Media tempatan melaporkan, kejadian kira-kira 2.30 petang itu membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun yang hanya dikenali sebagai Zhang di sebuah kawasan perumahan mewah Mid-Levels di selatan bandar raya itu.
"Ibu kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia manakala bayi itu masih dalam keadaan kritikal," kata jurucakap hospital. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140815/lu_02/Bayi-dilahirkan-selepas-ibunya-dihempap-pokok#ixzz3APPEWKhM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment