Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Bayi baru lahir dicampak dalam longkang


PUTRAJAYA 14 Ogos - Mayat seorang bayi perempuan lengkap dengan tali pusat ditemui dalam keadaan bogel di dalam longkang sedalam satu meter di Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Mohd Yusoff Awang berkata, mayat bayi itu ditemui seorang lelaki berusia berumur 52 tahun di dalam longkang di belakang rumahnya kira-kira pukul 9.10 pagi.
"Ketika ditemui bayi itu cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masa ada," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata pemeriksaan pada bayi berkulit cerah itu terdapat kesan calar pada dahinya dipercayai akibat dicampak ke dalam longkang tersebut.
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140814/je_13/Bayi-baru-lahir-dicampak-dalam-longkang#ixzz3APV4wA5e
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment