Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Bantahan pembunuhan remaja kulit hitam berterusan


Ferguson (Amerika Syarikat): Polis di bandar Missouri ini semalam menembak gas pemedih mata dan bom asap untuk menyuraikan ratusan tunjuk perasaan, malam keempat tunjuk perasaan berkait dengan perkauman selepas polis menembak mati seorang remaja kulit hitam tidak bersenjata.

Sebahagian penunjuk perasaan melontar batu ke arah polis sementara yang lain bertempiaran lari apabila kawasan itu diselubungi asap.

Polis berkata, tindakan itu diambil selepas penunjuk perasaan membaling bom minyak ke arah pasukan keselamatan.

Tunjuk perasaan diadakan setiap malam sejak Sabtu lalu selepas Michael Brown, 18, ditembak mati di kawasan pinggir bandar St Louis yang majoriti penduduknya kulit hitam.

Menurut polis, anggotanya menembak remaja itu ketika dia bergelut untuk merampas pistol dalam sebuah kereta peronda.

Bagaimanapun, beberapa saksi berkata, mangsa berada di luar kereta itu dengan tangannya diangkat.

Polis mengerahkan puluhan anggota lengkap bersenjata berat ke Ferguson untuk mententeramkan keadaan dan sejak Sabtu lalu, lebih 40 penunjuk perasaan ditahan.

“Saya sudah bosan ditindas kerana warna kulit saya.



Saya bosan dengan keganasan polis.

Saya akan berada di sini setiap malam sehingga kami memperoleh keadilan,” kata seorang penunjuk perasaan yang hanya memberitahu namanya Terrell, 18.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

No comments:

Post a Comment