Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Banjir kilat di Kota Kinabalu, Penampang akibat hujan lebat

RABU, 27 OGOS 2014 @ 4:24 PM
BANJIR kilat berhampiran kompleks beli-belah 1Borneo berhampiran Alamesra di Kota Kinabalu, hari ini.
 
BANJIR kilat berhampiran kompleks beli-belah 1Borneo berhampiran Alamesra di Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Hujan lebat lebih dua jam sekitar bandar raya ini dan Penampang, mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Dalam kejadian bermula sekitar jam 3 petang tadi, beberapa jalan utama di ibu negeri tidak dapat dilalui akibat digenangi banjir, selain disebabkan pokok tumbang.

Antara jalan digenangi banjir kilat ialah Jalan Sulaman di hadapan 1Borneo, Jalan Lok Kawi dan Jalan Kolombong, selain pokok tumbang dilaporkan di Jalan Tuaran berhampiran Likas.

Setakat ini, bomba tidak menerima laporan berkaitan sebarang kecederaan, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat terkandas ketika melalui jalan yang digenangi banjir kilat.

No comments:

Post a Comment