Search This Blog

Friday, August 22, 2014

Aqil ‘temani’ tok wan


Pendang: “Tok Wan, nanti Aqil mai (datang) lain,” begitu kata-kata Allahyarham Muhammad Aqil Arfan Adnan, 4, yang masih terngiang-ngiang di telinga ibunya Aishah Abu, 42, ketika dibawa menziarahi pusara arwah datuknya pada 1 Syawal lalu.
Muhammad Aqil maut dipercayai akibat lemas selepas terperangkap lebih lapan jam dalam kereta milik bapanya di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, Padang Terap, kelmarin. 
Aishah berkata, arwah anak bongsu daripada empat beradik itu begitu rapat dengan datuknya, Abu Enoi yang juga bapanya sehingga Muhammad Aqil selalu teringatkan walaupun datuknya itu meninggal dunia pada Disember lalu akibat penyakit kencing manis. 

“Saya bersyukur kerana arwah selamat dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah bapa saya pagi tadi (semalam). Mungkin Aqil sangat merindui arwah datuknya dan sebab itu juga Allah SWT pinjamkan saya cuma empat tahun saja.
Foto
JENAZAH Muhammad Aqil dibawa untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Ga.

“Saya reda dengan segala ketentuan dan ujian Tuhan. Ibu bapa mana mahu perkara seperti ini terjadi dan sudah tertulis sebegitu. Saya rasa sebak kerana mengenang tarikh lahir arwah pada 10 Oktober depan, tetapi sudah tiba masa Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kampung Ga, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah seorang periang dan manja dengan adik-beradik lain iaitu Auni Afiqah, 15, Muhammad Afiq Abrar, 12, dan Ainnur Aqilah, 9, kerana masing-masing suka mengusik antara satu sama lain. 

“Kebiasaannya arwah selalu berebut mainan dengan Ainnur sehingga membuatkan kakaknya itu selalu menangis, namun apabila dipujuk barulah arwah pulangkan semula mainan kakaknya. Aqil sangat manja dan aktif menyebabkan kami begitu terasa kehilangan arwah. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22

No comments:

Post a Comment