Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

APMM tahan 10 PATI dalam operasi di perairan Selangor



APMM berjaya menahan dan menangkap sebuah bot yang membawa PATI seramai 10 orang dalam satu operasi di perairan Selangor, semalam. - Foto Ihsan APMM
KLANG: Sekumpulan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua beranak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang dalam satu operasi di perairan Selangor, semalam.
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan, berkata PATI yang diberkas terdiri daripada seorang tekong dan dua awak-awak warga Indonesia, tiga warga Somalia dan empat warga Bangladesh.
Kumpulan itu ditahan dalam satu operasi kira-kira 7.2 batu nautika di barat daya Sekinchan pada kira-kira jam 1 tengah hari.
"Semua mereka yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 43 tahun itu ditahan hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot kayu tidak bernombor yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan Malaysia-Indonesia.
"Siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Aliyas berkata, ketika pemeriksaan ke atas bot berkenaan, hanya tekong saja berada di bahagian geladak manakala sembilan yang lain bersembunyi dalam tempat menyimpan ikan.
Beliau berkata, semua tahanan termasuk seorang ibu warga Somalia dan anak perempuannya berumur 10 tahun dibawa ke Jeti Daerah Maritim Klang untuk disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment