Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Anak mati dikurung dalam peti sejuk


Arkhangelsk (Russia): Sepasang suami isteri berdepan tuduhan membunuh selepas mengurung anak mereka yang cacat di dalam peti sejuk hingga kanak-kanak itu mati.

Karp Ulyanov dan isteri, Uliana berkata, mereka terlalu mabuk ketika kejadian di Arkhangelsk, bandar di utara Russia.


Pasangan itu mendakwa tidak ingat apa yang berlaku pada anak mereka berusia empat tahun yang lumpuh dari pinggang ke bawah.

Mayat kanak-kanak malang berkenaan ditemui datuknya yang melawat keluarga itu.


“Kami masih menyiasat punca kematian,” kata seorang jurucakap polis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

No comments:

Post a Comment