Search This Blog

Monday, August 11, 2014

Ajal sebelum hari bahagia


Tampin: Hasrat seorang anggota tentera mendirikan rumah tangga dengan tunangnya tidak kesampaian apabila lelaki terbabit maut dalam kemalangan, petang kelmarin.
Mangsa, Mohd Affandi Arifin, 25, anggota tentera darat di Bahagian Kejuruteraan yang berpangkalan di Port Dickson, dekat sini, dijadualkan berkahwin dengan Nur Hazaliza Rashid, 25, pada November depan.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125ZR dikatakan terbabas ke laluan bertentangan di selekoh Kampung Batang Rokan, di sini, sebelum bertembung dengan motosikal menyebabkannya parah di kepala.
Mangsa dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Kampung Ulu Rokan ke Pekan Gemenceh, di sini, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Tunang mangsa, Hazaliza berkata, kedua-dua keluarga bersepakat mengadakan majlis perkahwinan pada 29 November depan selepas mereka mengikat tali pertunangan dua tahun lalu.

“Segala persiapan sudah diatur, namun kuasa Allah menentukan segalanya. Saya reda menerima ketentuan Ilahi itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.
Foto
JENAZAH Mohd Affandi dituntut keluarganya di Hospital Tampin, semalam.
Menurutnya, Mohd Affandi disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sama.

Adik mangsa, Mohd Syukri, 20, berkata, arwah abangnya menunjukkan perubahan apabila memeluk dan mencium ibu mereka berulang kali sambil meminta maaf, Jumaat lalu.
“Dia juga meminta ibu menyediakan lauk kegemarannya iaitu rendang maman selain meminta ibu menyediakan masakan itu lebih untuk disedekahkan kepada seorang rakan karibnya,” katanya. yang turut bersedih dengan kejadian menimpa arwah abangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

No comments:

Post a Comment