Search This Blog

Thursday, August 7, 2014

7 peserta bogel warga Malaysia


ATAS: Antara gambar daripada klip video sekumpulan lelaki dan wanita berbogel di Pantai Teluk Kampi, Pulau Pinang yang tersebar kelmarin.


GEORGE TOWN - Polis negeri ini mengenal pasti tujuh daripada 15 individu yang terlibat mengadakan aktiviti riadah dan sukan secara berbogel di Pantai Teluk Kampi di Taman Negara Teluk Bahang dekat sini pada Mei lalu sebagai warga Malaysia.
Baki lapan lagi dalam kumpulan tersebut membabitkan empat warganegara Singapura, dua rakyat Myanmar serta masing-masing seorang rakyat Filipina dan India.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan polis juga sudah mengenal pasti individu yang dipercayai menjadi penganjur kepada acara sukan tidak senonoh di pantai itu.
"Polis sedang siasat kes ini di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Kita telah kenal pasti 15 individu yang membabitkan enam wanita dan sembilan lelaki yang ada dalam rakaman klip video tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini semalam.
Berikutan itu, menurut beliau, polis kini mencari kesemua mereka yang terlibat bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu yang memalukan negara.
"Siasatan tersebut termasuk mengetahui sama ada lapan warga asing terbabit masih berada di Malaysia atau sudah meninggalkan negara ini," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz39f1onMhz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment