Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

650 nelayan hilang di Teluk Bengal


NEW DELHI 5 Ogos - Kira-kira 40 buah bot pukat tunda yang membawa kira-kira 640 orang nelayan dilaporkan hilang sejak lewat malam semalam di Teluk Bengal, lapor agensi berita Xinhua.
"Pukat tunda berkenaan yang setiap satunya membawa 16 orang nelayan bergerak ke kawasan laut dalam berhampiran Kakdwip untuk menangkap ikan.
"Namun mereka dilaporkan hilang selepas berlakunya ribut malam semalam dan ketika ini kami gagal menghubungi mana-mana nelayan yang terbabit," kata seorang pegawai yang enggan mendedahkan namanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140805/lu_04/650-nelayan-hilang-di-Teluk-Bengal#ixzz39SlYPIyq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment