2014/08/11 - 05:26:15
Beberapa kawasan sekitar Segamat dinaiki air selepas kejadian ribut disertai hujan batu, semalam. - Foto Ahmad Ismail |
Bumbung tercabut diterbangkan angin, beberapa kenderaan rosak ditimpa pokok |
Segamat: Sekurang-kurangnya 60 rumah rosak termasuk sebuah rumah terbelah dua akibat dihempap pokok durian sebesar dua pemeluk dalam kejadian ribut yang disertai hujan batu, sekitar bandar ini, kelmarin.
Dalam kejadian kir a-kira setengah jam, mulai jam 6 petang itu, pemilik rumah terbabit, Omar Hassan, 67, dari Kampung Berata, menerima lima jahitan di kaki akibat cedera ditimpa dahan pokok itu yang dipercayai berusia ratusan tahun.
Bagaimanapun, isterinya, Siti Minaton Sabilan, 57, dan cucunya, Nor Qistina Abdullah, 5, terselamat kerana sudah keluar terlebih dahulu.
Kawasan yang turut terjejas termasuk sekitar Jalan Pemuda, Buloh Kasap, Jalan Hussain, Jalan Muar, Taman Bendahara, Taman Laksamana, Kampung Bendahara Lubok Batu, Jalan Temenggung, Kampung Berata, Jalan Omar dan Kampung Paya Dalam.
No comments:
Post a Comment