Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

5 lori bomba RM17j


Jurucakap Pejabat Peguam Negara Tony Tri Spontana berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan Tommy wujud kesangsian dalam tender pembelian kenderaan berkenaan untuk lapangan terbang di bawah pengurusan API di Jogjakarta, Semarang, Surakarta, Makassar dan Manado. 
Selain Tommy, turut dinamakan sebagai suspek kes itu seorang pengarah PT Scientek Computindo yang hanya dikenali sebagai HL. 

Tommy dan HL masing-masing berdepan hukuman penjara 20 tahun mengikut undang-undang rasuah Indonesia.

“Kami masih meneliti butiran kes itu dan menghitung jumlah sebenar kerugian dialami akibat projek berkenaan,” kata Tony.

Sementara itu, timbalan pendakwa raya jenayah khas berkata, pihaknya belum mengeluarkan waran tangkap atau sekatan perjalanan terhadap Tommy. 

“Belum tiba masanya lagi kerana kami sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan teliti dalam penyiasatan kami. Namun usah risau, kami akan bertindak tidak lama lagi,” katanya. 

Seramai lima saksi sudah disoal siasat pejabat peguam negara termasuk dari jawatankuasa tender dan pengarah urusan PT Pustaka Negara Indonesia Petrus Tanardi yang dipercayai turut terbabit dalam tender berkenaan. 

Setiausaha korporat API Farid Indra Nugraha memberi jaminan syarikat itu akan memberi kerjasama sepenuhnya, namun menegaskan tender berkenaan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan dalam arahan presiden. 

“Tommy terkejut selepas dimaklumkan media bahawa dia suspek dalam kes itu. Namun kami akur peguam negara mempunyai hak untuk menyasat dan akan membantu mengikut kemampuan kami,” katanya. 

Menurutnya, Tommy belum disoal siasat pejabat peguam negara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

No comments:

Post a Comment