Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

42 pekerja Nepal ditahan dipercayai merusuh di Kulaijaya


27/08/2014 4:04pm

JOHOR BAHRU - Polis menahan 42 pekerja rakyat Nepal yang dipercayai merusuh dan membakar sebahagian bangunan kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit dekat Kulaijaya semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohd. Idris Samsuri berkata, kesemua pekerja itu ditahan antara pukul 8.30 malam tadi hingga pukul 8 pagi ini di sekitar kawasan kilang tersebut.
"Mereka akan membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kilang itu memberhentikan operasi sementara hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Dalam kejadian itu, kira-kira 800 pekerja asing mengadakan mogok bermula pukul 9 pagi termasuk membakar kereta milik seorang pengurus kilang dan merosakkan bangunan kilang berkenaan.
Tindakan didakwa dilakukan berikutan rasa tidak puas hati terhadap majikan yang dikatakan mengabaikan kebajikan mereka. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz3BZxzczoT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment