Search This Blog

Monday, August 11, 2014

2 bot tangkap ikan di kawasan larangan


2014/08/11 - 04:42:48
Parit Buntar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot pukat tunda milik nelayan tempatan berhampiran perairan pantai Kuala Kurau di sini kerana melakukan penangkapan ikan di kawasan larangan, semalam.

Ketua Pangkalan APMM Kuala Kurau, Lt Komander V Siva Kumar, berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima aduan beberapa nelayan pantai berhubung kegiatan di kira-kira dua batu nautika dari muara sungai di sini.


Ketika tinjauan dibuat, pihaknya menemui dua bot pukat tunda dinaiki lima nelayan tempatan menangkap ikan di kawasan berkenaan.

"Juragan kedua-dua bot terbabit cuba melarikan diri namun anggota kami sempat menghalang mereka.

"Kita turut menemui 30 kilogram udang dipercayai hasil tangkapan kumpulan itu.
Siva Kumar berkata, kedua-dua bot bersama lima nelayan terbabit dibawa ke pangkalan APMM bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, siasatan mendapati nombor pendaftaran yang tertera pada dua bot berkenaan adalah milik nelayan tempatan di Kuala Kurau.
“Kita giat memburu pemilik bot terbabit manakala keterangan lima nelayan berkenaan sudah diambil.

“Mereka dilepaskan selepas dikenakan bon jaminan dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.” katanya.

No comments:

Post a Comment