Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

2 ahli Shebab dihukum mati


Mogadishu: Mahkamah tentera di Somalia menjatuhkan hukuman mati terhadap dua anggota Shebab kerana membunuh seorang wartawan.

Perkara itu didedahkan Menteri Penerangan Somalia Mustafa Duhulow, semalam.
“Mereka berdua mengakui perbuatan itu dan selepas perbicaraan diselesaikan kedua-duanya dihukum tembak,” katanya.

Katanya, tertuduh mengaku membunuh wartawan Universal TV Mohamed Mohamud Timacade pada Oktober 2013 sebelum dijatuhkan hukuman, Isnin lalu.


Timacade ditembak beberapa kali di leher, dada dan bahu selepas kereta dipandunya diserang. Seorang pengawal keselamatan turut terkorban dalam kejadian itu.




Buat masa ini belum jelas sama ada mereka sudah menjalani hukuman itu, namun lazimnya hukuman mati dilaksanakan secepat mungkin di Somalia.

Somalia antara negara paling berbahaya untuk wartawan kerana bukan saja berdepan serangan pejuang Shebab malah juga daripada kerajaan sendiri. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

No comments:

Post a Comment