Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Van sekolah masuk kolam


Beijing: Lapan murid tadika dan tiga orang dewasa maut selepas van dinaiki terjunam ke dalam sebuah kolam.

Bas berkenaan dalam perjalanan menghantar mangsa pulang dari sekolah di kawasan pergunungan wilayah Hunan sebelum terbabas ke dalam kolam itu.


Van itu dikeluarkan daripada kolam berkenaan pagi semalam dengan mangsa kanak-kanak dan pemandu van ditemui di dalam manakala dua guru dijumpai sejam kemudian.

Sumber melaporkan, van itu membawa 11 penumpang walaupun hanya mempunyai tujuh tempat duduk. Bapa seorang kanak-kanak yang maut dilaporkan berkata van itu sering membawa penumpang melebihi had muatan.


Dua tahun lalu, 19 kanak-kanak maut apabila sebuah van yang diubah suai menjadi bas sekolah merempuh treler.


Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mempertikaikan keselamatan bas sekolah di kawasan pedalaman di China yang secara amnya kurang mendapat bantuan kewangan pendidikan menyebabkan kanak-kanak terpaksa berjalan jauh untuk ke sekolah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment