Search This Blog

Friday, July 4, 2014

Tujuh terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Papua


JAKARTA 3 Julai - Tujuh orang terkorban sementara enam lagi masih hilang selepas tanah runtuh berlaku di kawasan perlombongan haram di daerah Paniai di wilayah Damai III di Papua pada Selasa.
"Tanah runtuh berlaku di kawasan perlombongan haram Baya Biru Paniai. Sebanyak 15 orang tertumbus di bawah runtuhan," Ketua Polis Papua, Tito Karnavian dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Globe pada Khamis.
Beliau berkata, daripada 15 mangsa itu, tujuh ditemui mati sementara dua yang terselamat telah dikeluarkan daripada runtuhan.
Tito berkata, polis masih meneruskan gerakan mencari baki enam orang mangsa.
"Kedua-dua mangsa yang terselamat ialah Udin, 36, yang patah tangan kanannya dan Yokbun, 29, yang patah kaki kiri dan mengalami lebam di muka dan seluruh badan.
"Kedua-dua mereka telah dipindahkan ke Hospital Besar Nabira dengan menggunakan helikopter pada pukul 4 petang, Rabu. Usaha mencari enam orang lagi masih dijalankan...kami tidak tahu keadaan mereka," kata Tito.
Beliau berkata tanah runtuh itu berlaku di kawasan terpencil di tengah-tengah hutan dan ini menyebabkan sukar untuk sampai ke tempat kejadian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140703/lu_15/Tujuh-terkorban-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-Papua#ixzz36Rh7lAzT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment