Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Tujuh terbunuh dalam serangan bersenjata


MEXICO CITY 11 Julai - Tujuh orang terbunuh, antaranya seorang pegawai polis dalam pertempuran bersenjata antara pihak berkuasa dengan suspek, dipercayai pengedar dadah di selatan Mexico, lapor pihak berkuasa semalam.
Pertempuran itu berlaku di bandar Chilapa de Alvarez dalam wilayah Guerero, apabila pejabat pendakwa raya diserang sekumpulan lelaki bersenjata.
Dalam pada itu, empat anggota polis yang turut cedera dalam kejadian itu kini sedang dirawat di hospital. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_03/Tujuh-terbunuh-dalam-serangan-bersenjata#ixzz376j6mMUy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment