Search This Blog

Tuesday, July 15, 2014

Tujuh bergaduh buat bising dikenakan denda


TUJUH lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah, semalam di atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di Balai Polis Pusing pada 11 Julai lalu.
BATU GAJAH 14 Julai - Tindakan empat beranak yang bergaduh dan membuat bising di pekarangan sebuah balai polis, Jumaat lalu mengundang padah apabila mereka masing-masing didenda RM450 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Selain R. Shammugam, 65, dan tiga anak lelakinya, S.Yogeswaran, 34, S. Zaid, 29, dan S. Loggarajan, 25, yang dijatuhi hukuman itu, seorang lagi lelaki, V. Vicneswaran, 28, juga menerima hukuman serupa atas kesalahan sama.
Dua lagi tertuduh, S. Mathekumar, 22, dan K. Ganasen, 44, yang menghadapi pertuduhan sama pula didenda maksimum RM500 atau penjara enam bulan setiap seorang.
Majistret Solehah Noratikah Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh di pekarangan Balai Polis Pusing di sini pada pukul 9.30 malam, 11 Julai lalu.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1976 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zamani Mohd. Radzi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Mengikut fakta kes, sepasukan anggota polis yang berada di Balai Polis Pusing telah mendengar bunyi bising sebelum melihat sekumpulan lelaki sedang tolak-menolak dan memaki-hamun antara satu sama lain di pekarangan balai polis tersebut.
Anggota polis kemudian menghampiri kumpulan lelaki itu dan memperkenalkan diri sebelum meminta mereka berhenti bergaduh. Walau bagaimanapun teguran itu tidak dihiraukan oleh kumpulan terbabit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140715/ma_07/Tujuh-bergaduh-buat-bising-dikenakan-denda#ixzz37UDPksES
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment