Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Tujuh beranak disamun menjelang waktu sahur


12 Julai 2014

ROMPIN - Tujuh beranak disamun tiga lelaki dipercayai warga asing bersenjatakan parang dan kayu di rumah mereka di Penempatan Rompin Utama Tebu Hitam di sini, awal pagi semalam.
       
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa berumur 46 tahun yang bekerjasebagai pemandu van ladang tembikai dan isteri, ibu mentua serta empat anaknya yang sedang tidur di bilik berasingan dikejutkan suspek sebelum dikumpulkan dalam satu bilik di tingkat bawah rumah dan diikat dengan dawai.
       
"Selepas menggeledah rumah mangsa, suspek kemudian melarikan beberapa barang milik mangsa," kata Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya kepada pemberita di sini hari ini.
       
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek  melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Kembara dan dua buah motosikal.
       
Kata Johari, mangsa kehilangan sebuah Samsung tab, tiga buah telefon bimbit jenama Nokia, sebuah laptop jenama Asus, tiga utas jam tangan, kamera digital, al-Quran digital, buku bank, barang kemas, dua pisau pemotong daging dan wang tunai RM1,700 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM7,200.
       
Katanya suspek dipercayai masuk ke rumah mangsa dengan mengumpil pintu belakang. - Bernama

No comments:

Post a Comment