Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Trafik sesak teruk gara-gara peperiksaan


KEADAAN trafik yang sesak teruk akibat kebanjiran ibu bapa pelajar untuk mengambil anak masing-masing di depan Sekolah Menengah Rendah Yuhuai di Shantou, kelmarin. - AGENSI
BEIJING 10 Julai - Gara-gara kehadiran ibu bapa untuk mengambil anak mereka yang selesai menjalani peperiksaan penting untuk memasuki kolej, sebatang jalan utama di bandar Shantou, wilayah Guandong China mengalami kesesakan trafik yang teruk sepanjang satu kilometer, semalam.
Menurut laporan Mail Online, kesesakan itu berpunca apabila ibu bapa kepada hampir 7,000 pelajar menunggu di hadapan Sekolah Menengah Rendah Yuhuai di Shantou, sebuah sekolah swasta terkenal dalam kalangan penduduk di wilayah tersebut untuk mengambil anak mereka yang selesai menghadapi peperiksaan penting.
Malah tindakan mereka meletakkan kenderaan di tepi jalan di hadapan sekolah itu menyebabkan kenderaan-kenderaan lain yang menggunakan jalan sama terpaksa menunggu lama untuk bergerak.
Beberapa orang anggota polis trafik yang ditugaskan mengawal lalu lintas dilihat tidak mampu menangani kebanjiran kereta ibu bapa pelajar yang berpusu-pusu mahu mengambil anak masing-masing.
Peperiksaan yang diadakan semalam merupakan ujian penting bagi pelajar sekolah terbabit untuk menentukan sama ada mereka layak melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_14/Trafik-sesak-teruk-gara-gara-peperiksaan#ixzz376mdhU17
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment