Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Tiga pemandu di ambang maut



BEGINILAH keadaan lori yang terbakar dalam satu kemalangan di Plaza Tol USJ, Kesas di Subang Jaya, Selangor.


PETALING JAYA - Tiga pemandu nyaris rentung apabila kenderaan yang dinaiki mereka hangus terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan menghala ke Shah Alam di Plaza Tol USJ, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dekat Subang Jaya semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran pada pukul 3.20 petang itu berpunca daripada sebuah lori 10 tan penuh dengan muatan tanah gagal mengawal kenderaan lalu merempuh tembok penghadang tol berkenaan lalu terbakar.
Menurutnya, kebakaran pada lori berkenaan kemudian merebak pada sebuah kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang berada di hadapan lori tersebut sebelum merebak pula pada sebuah kereta jenis Proton Saga yang berada di hadapan MPV terbabit.
"Ketiga-tiga pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum ketiga-tiga kenderaan itu hangus terbakar 100 peratus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz38F83Yc5R 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment