Search This Blog

Friday, July 4, 2014

Tiga askar maut serangan bom di sempadan Colombia-Venezuela


2014/07/04 - 10:50:35
BOGOTA: Tiga askar terbunuh dalam satu letupan di utara Colombia namun pihak berkuasa belum mengenal pasti dalang di sebalik serangan itu.

Serangan berlaku di Norte de Santander di sempadan Venezuela yang menjadi markas kepada beberapa kumpulan haram.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Colombia, seorang peronda diserang dengan peranti letupan.

“Tiga askar terbunuh dan beberapa anggota lain parah dalam serangan itu,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pertahanan turut menyatakan, seorang pegawai polis terbunuh dalam kejadian berasingan minggu ini di bahagian barat Cauca.

“Serangan secara rambang pengganas menggunakan peralatan diubahsuai, senjata bukan konvensional, malah pembunuhan dan serangan sistematik terhadap pasukan keselamatan dan penduduk oleh kumpulan bersenjata adalah pencabulan serius terhadap hak asasi manusia,” menurut kementerian berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment