Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Tiga anggota polis maut serangan di Yala


11 Julai 2014


YALA - THAILAND. Timbalan Ketua Polis Daerah Krong Pinang, Leftenan Kolonel Pol, Adinan Ismail adalah antara tiga anggota polis yang maut diserang hendap  10 orang bersenjata di sini malam tadi.

Jenazah mereka dikebumi pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.55 malam itu, mereka dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Tarawih di Kampung Ladu, Mukim Saed, Krong Pinang.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Yala, Kol Pol Krisda Keawjandi berkata penyerang mereka bersembunyi dalam kebun getah di tepi jalan dan melepaskan ratusan das tembakan ke arah kereta mangsa.

"Sepasukam anggota polis yang meronda kawasan tersebut telah bertempur dengan penyerang selama 10 minit sebelum para penyerang meloloskan diri ke dalam hutan. Seorang awam turut tercedera," katanya.

Beliau berkata pihak polis percaya terdapat penyerang yang tercedera kerana terdapat kesan darah di kawasan persembunyian mereka.

Pihak polis dan tentera telah memburu para penyerang. - Bernama

No comments:

Post a Comment